Perkembangan Jangkitan COVID-19 (26 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 189 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 68,577 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 145 menjadikan jumlah kumulatif 66,530 orang. Seramai 1,367 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 449 orang di hospital, 919 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala sembilan (9) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 69 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Telupid bertukar dari zon jingga ke zon kuning, Kota Marudu berubah dari zon jingga ke merah, Sipitang berubah merah ke jingga

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan 33 kes iaitu daripada 156 kes semalam (25 Jun 2021) kepada 189 kes (26 Jun 2021).
  • Daripada 189 kes jangkitan baharu hari ini, 99 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, sembilan (9) kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, 58 kes daripada saringan bersasar dan enam (6) kes adalah daripada lain-lain kes.
  • Sembilan (9) daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan enam (6) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala tiga (3) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kudat 56 kes (+51), Kota Marudu 21 kes (+20) dan Kota Belud 20 kes (+15). Tiga (3) daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Penampang lima (5) kes, Pitas satu (1) kes dan Semporna satu (1) kes kekal sebagaimana jumlah kes semalam.
  • Walau bagaimanapun, 11 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Sembilan (9) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala dua (2) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Sandakan (-23) dan Tawau (-22).
  • Pada hari ini, lapan (8) daerah mencatatkan sifar (0) kes Beluran, Telupid, Tongod, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan.
  • Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah lima (5) daerah mencatatkan kes pada julat dua (2) angka manakala daerah lain hanya pada julat satu (1) angka, sembilan (9) daerah mencatatkan kenaikan kes, (11) daerah mencatatkan penurunan kes, tujuh (7) daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam empat (4) daerah adalah sifar (0) kes, lapan (8) daerah mencatatkan sifar (0) kes, dua (2) daerah (Beluran dan Tenom) sebagai Zon Hijau, dan satu (1) kluster baru iaitu Kluster Tembok dua (2) kes dengan kluster sedia ada mencatatkan kumulatif tujuh (7) kes.
  • Setakat ini, Zon Hijau kekal kepada dua (2) daerah namun, dengan jumlah catatan sebanyak 99 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Tembok - Tawau
melibatkan penularan jangkitan di pusat tahanan. Kluster ini mula dikesan apabila kes indeks, banduan lelaki yang dibawa masuk dari Lokap IPD Lahad Datu ke blok kuarantin di Blok Ehsan pada 11 Jun 2021, disahkan positif dalam saringan hari ke-10 pada 21 Jun 2021. Saringan sama turut merekodkan  tiga (3) lagi kes positif dalam kalangan penghuni sel terbabit pada 22 Jun 2021. Berikutan penemuan itu, saringan kontak rapat yang dijalankan terhadap 61 warga tembok sehingga 23 Jun 2021 mendapati lima (5) lagi kes positif terdiri daripada tiga (3) warden dan dua (2) banduan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak sembilan (9) kes. Aktiviti pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan