Perkembangan Jangkitan COVID-19 (25 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 156 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 68,388 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 270 menjadikan jumlah kumulatif 66,385 orang. Seramai 1,329 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 425 orang di hospital, 892 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 12 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah direkodkan.

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan 47 kes iaitu daripada 203 kes semalam (24 Jun 2021) kepada 156 kes (25 Jun 2021).
  • Daripada 156 kes jangkitan baharu hari ini, 87 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 29 kes adalah daripada saringan kluster, 18 kes adalah daripada saringan bergejala, sembilan (9) kes daripada saringan bersasar dan 13 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Sembilan (9) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala tiga (3) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Kinabatangan (-29), Kalabakan (-24) dan Penampang (-14).
  • Walau bagaimanapun, 10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala dua (2) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Tawau 42 kes (+24) dan Kunak 13 kes (+13). Daerah Telupid kekal catatan kes baharu sebagaimana hari semalam iaitu dengan satu (1) kes.
  • Pada hari ini, tujuh (7) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Kinabatangan, Kalabakan, Ranau, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.
  • Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah empat (4) daerah mencatatkan kes pada julat dua (2) angka manakala daerah lain hanya pada julat satu (1) angka, (10) daerah mencatatkan kenaikan kes, (12) daerah mencatatkan penurunan kes, lima (5) daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam empat (4) daerah adalah sifar (0) kes, tujuh (7) daerah mencatatkan sifar (0) kes, dua (2) daerah (Beluran dan Tenom) sebagai Zon Hijau, dan tiga (3) kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Kg Nelayan Tengah sembilan (9) kes, Kluster Serudung Baru sembilan (9) kes serta Kluster Kg Bolong Baru lima (5) kes.
  • Terdapat trend pelandaian kes jangkitan baharu harian serta daerah Zon Hijau kekal kepada dua (2) daerah kini namun, dengan jumlah catatan sebanyak 87 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.