Perkembangan Jangkitan COVID-19 (20 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 163 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 67,541 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu (1) di daerah Sandakan dan satu (1) kes di Semporna. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 241 menjadikan jumlah kumulatif 64,973 orang. Seramai 1,687 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 474 orang di hospital, 1,211 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Keningau bertukar dari zon jingga ke zon merah

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 38 kes iaitu daripada 201 kes semalam (19 Jun 2021) kepada 163 kes (20 Jun 2021).
  • Daripada 163 kes jangkitan baharu hari ini, 95 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 37 kes adalah daripada saringan kluster, 13 kes adalah daripada saringan bergejala, 13 kes daripada saringan bersasar dan lima (5) kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. 10 daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala dua (2) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Sandakan (-24) dan Kudat (-23).
  • Walau bagaimanapun, enam (6) daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima (5) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala satu (1) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Tawau 37 kes (+33). Tiga (3) daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Kunak (22 kes), Semporna tiga (3) kes dan Kota Marudu dua (2) kes kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin.
  • Pada hari ini, 12 daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid,Tongod, Pitas, Kota Belud, Ranau,Putatan, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan.
  • Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah, cuma enam (6) daerah mencatatkan kenaikan kes, (12) daerah mencatatkan penurunan kes, sembilan (9) daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam (enam (6) daerah kekal sifar (0) kes), (12) daerah mencatatkan sifar (0) kes, satu (1) daerah kekal sebagai Zon Hijau (Beluran), dua (2) kluster baru direkodkan iaitu Kluster Jalan Bundusan dan Kluster Kampung Nelayan Tengah, dan tiga (3) kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Pintas-Lingkudau (17 kes), Kluster Jalan Bundusan lapan (8) kes serta Kluster Coral empat (4) kes.
  • Pelandaian kes baharu hanya akan berlaku sekiranya kes terus menurun namun, dengan jumlah catatan sebanyak 95 kes daripada Saringan Kontak Rapat, perubahan angka yang tidak statik serta hanya satu (1) daerah Zon Hijau, dapat disimpulkan terdapat kebarangkalian tinggi bahawa masih berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Jalan Bundusan - Penampang
melibatkan para pekerja di kilang pemprosesan makanan di Penampang. Kes indeks merupakan pekerja lelaki, 43, yang dikesan positif ujian PCR COVID-19 pada 19 Jun 2021 melalui saringan bersasar di PKPD Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu namun tidak menunjukkan sebarang gejala. Berikutan kes itu, majikan melaksanakan saringan RTK di tempat kerja dan mendapati lapan (8) lagi kes positif dalam kalangan kontak rapat menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah sembilan (9) kes. Aktiviti pengesanan kontak rapat, saringan dan penyiasatan punca penularan kluster masih giat dijalankan.

ii Kluster Kg Nelayan Tengah - Sandakan
berkait rapat dengan penganjuran majlis doa selamat pada 13 Jun 2021 di kampung terbabit. Kes indeks adalah wanita, 45, yang disahkan positif saringan RTK Antigen COVID-19 positif 100% di Klinik Mansor pada 16 Jun 2021, setelah mengalami gejala demam dan insomnia sejak 11 Jun 2021. Saringan terhadap 45 kontak rapat kemudiannya menemukan 24 lagi kes positif manakala 21 kontak masih lagi menunggu keputusan. Aktiviti pengesanan kontak rapat, saringan dan siasatan lanjut masih giat dijalankan.