Perkembangan Jangkitan COVID-19 (23 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 129 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 68,029 kes. Tujuh (7) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Tawau manakala Sandakan, Kunak, Kudat, Penampang dan Keningau masing-masing mencatatkan satu (1) kes kematian. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 338 menjadikan jumlah kumulatif 65,895 orang. Seramai 1,412 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 442 orang di hospital, 959 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 11 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 72 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tenom bertukar dari zon kuning ke zon hijau

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan 64 kes iaitu daripada 193 kes semalam (22 Jun 2021) kepada 129 kes (23 Jun 2021).
  • Daripada 129 kes jangkitan baharu hari ini, 66 kes adalah hasil daripada saringan
    kontak rapat, 29 kes adalah daripada saringan kluster, 15 kes adalah daripada saringan bergejala, sembilan (9) kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Lima (5) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala lima (5) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Kudat (-22), Putatan (-19), Beaufort (-18), Kota Belud (-13), dan Tuaran (-13).
  • Walau bagaimanapun, sembilan (9) daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh (7) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala dua (2) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Papar 18 kes (+13) dan Kota Kinabalu 37 kes (+12) dengan catatan bahawa 19 kes daripada 37 kes adalah daripada Saringan Kluster. Daerah Kunak kekal catatan kes baharu sebagaimana hari semalam iaitu dengan tiga (3) kes.
  • Pada hari ini, sembilan (9) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.
  • Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah sembilan (9) daerah mencatatkan kenaikan kes, (10) daerah mencatatkan penurunan kes, lapan (8) daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam tujuh (7) daerah adalah sifar (0) kes), sembilan (9) daerah mencatatkan sifar (0) kes, peningkatan dua (2) daerah sebagai Zon Hijau, dan tiga (3) kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Kionsom Kecil (11 kes), Kluster Gusi lapan (8) kes serta Kluster Samedra lima (5) kes.
  • Terdapat trend pelandaian kes jangkitan baharu harian serta peningkatan jumlah daerah Zon Hijau kepada dua (2) daerah kini namun, dengan jumlah catatan sebanyak 66 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.