Perkembangan Jangkitan COVID-19 (19 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 201 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 67,378 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 378 menjadikan jumlah kumulatif 64,732 orang. Seramai 1,718 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 502 orang di hospital, 1,214 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 74 orang dan 28 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Marudu bertukar dari zon jingga ke zon kuning

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan dua (2) kes iaitu daripada 199 kes semalam (18 Jun 2021) kepada 201 kes (19 Jun 2021 ).
  • Daripada 201 kes jangkitan baharu hari ini, 109 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 35 kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, 30 kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima (5) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala lima (5) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kudat
    38 kes (+25), Sandakan 26 kes (+20), Kunak 22 kes (+19), Tuaran 10 kes (+10) dan Keningau 15 kes (+10). Dua (2) daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Tongod lapan (8) kes dan Tambunan satu (1) kes kekal sebagaimana jumlah kes semalam.
  • Walau bagaimanapun, 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Lima (5) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala lima (5) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Kinabatangan (-23), Tawau (-15), Kota Kinabalu (-13), Nabawan (-12) dan Putatan (-11 ).
  • Pada hari ini, tujuh (7) daerah mencatatkan sitar (0) kes iaitu Beluran, Pitas, Ranau, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dan Tenom.
  • Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah 10 daerah mencatatkan kenaikan kes, 10 daerah mencatatkan penurunan kes, tujuh (7) daerah kekal sebagaimana catatan hari kelmarin (termasuk daerah dengan catatan sitar (0) kes), tujuh (7) daerah mencatatkan sitar (0) kes, satu (1) daerah kekal sebagai Zon Hijau (Beluran), dan tiga (3) kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Kampung Baru Belong enam (6) kes, Kluster Coral enam (6) kes serta Kluster Agaseh em pat (4) kes.
  • Dengan jumlah catatan sebanyak 109 kes daripada Saringan Kontak Ra pat, perubahan angka yang tidak statik serta hanya satu (1) daerah Zon Hijau, dapat disimpulkan terdapat kebarangkalian tinggi bahawa masih berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.