Perkembangan Jangkitan COVID-19 (18 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 199 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 67,177 kes. Enam (6) kes kematian direkodkan hari ini masing-masing satu kes di daerah Sandakan, Kunak, Putatan, Papar, Lahad Datu dan Kota Belud. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 253 menjadikan jumlah kumulatif 64,354 orang. Seramai 1,856 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 512 orang di hospital, 1,342 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 82 orang dan 26 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tongod bertukar dari zon kuning ke zon jingga manakala daerah Kuala Penyu bertukar dari zon jingga ke zon kuning

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 49 kes iaitu daripada 248 kes semalam (17 Jun 2021) kepada 199 kes (18 Jun 2021).
  • Daripada 199 kes jangkitan baharu hari ini, 91 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 61 kes adalah daripada saringan kluster, 27 kes adalah daripada saringan bergejala, lima (5) kes daripada saringan bersasar dan 15 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Tujuh (7) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala lima (5) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Papar (-36), Kota Belud (-20), Tuaran (-14), Sandakan (-11) dan jumlah kes positif Covid-19 di Kota Kinabalu hari ini adalah 36 kes (-24) dengan lima (5) kes daripada Kluster Ocean Blue (kumulatif kes setakat ini sebanyak 186).
  • Walau bagaimanapun, 10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh (7) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala tiga (3) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kinabatangan 25 kes (+25), Putatan 16 kes (+13) dan Nabawan 15 kes (+10). Daerah Beaufort kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan sembilan (9) kes.
  • Pada hari ini, lapan (8) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Kalabakan, Pitas, Kota Belud, Ranau,Tuaran, Kuala Penyu dan Tenom.
  • Ringkasan data pada hari ini ialah (12) daerah mencatatkan penurunan, (10) daerah mencatatkan peningkatan, satu (1) daerah mencatatkan pengekalan kes seperti semalam, (8) daerah mencatatkan sifar (0) kes dan satu (1) daerah kekal sebagai Zon Hijau hingga kini.
  • Kesimpulan terbaik yang boleh dibuat hasil daripada perubahan angka yang tidak statik selain daripada catatan 91 kes hasil Saringan Kontak Rapat ialah, masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

  1. Kluster Pintas - Lingkudau - Keningau, Tambunan merupakan kluster di tempat kerja. Kluster ini melibatkan Mukim Lingkudau, Luagan dan Patikang di Daerah Keningau dan Mukim Sunsuron di Daerah Tambunan. Kes indeks adalah pegawai eksekutif wanita, 34, di syarikat bekalan elektrik di Keningau yang disahkan positif ujian RTK-Ag melalui saringan bergejala di Poliklinik TMC, pada 15 Jun 2021. Susulan kes itu, saringan kontak yang dijalankan terhadap 82 individu berjaya mengesan dua (2) kes positif RTK-Ag dalam kalangan kontak rapat di tempat kerja oleh Pusat Saringan PKS IPG Keningau pada 16 Jun 2021. Pada hari berikutnya, enam (6) lagi kes positif dilaporkan merangkumi satu (1) kes hasil saringan kontak rapat di Poliklinik TMC dan lima (5) kes positif kontak rapat melalui aktiviti lapangan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau. Turut dikesan, satu (1) kes positif RTK-Ag yang dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Tambunan pada hari yang sama, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 10 kes. Berdasarkan maklumat, ruang tempat kerja yang sempit dipercayai menjadi punca penularan jangkitan. Aktiviti pengesanan dan saringan kontak rapat serta penyiasatan punca penularan masih giat dijalankan.