Perkembangan Jangkitan COVID-19 (16 Jun 2021)

Perincian Daeraherdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 184 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 66,730 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Tawau, dan satu (1) kes di Semporna. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 226 menjadikan jumlah kumulatif 63,751 orang. Seramai 2,085 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 527 orang di hospital dan 1,558 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 93 orang dan 38 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Sipitang bertukar dari zon jingga ke zon merah.

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 46 kes iaitu daripada 230 kes semalam (15 Jun 2021) kepada 184 kes (16 Jun 2021).
  • Daripada 184 kes jangkitan baharu hari ini, 106 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 49 kes adalah daripada saringan kluster, 18 kes adalah daripada saringan bergejala, dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Tujuh (7) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala tiga (3) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu, Kudat (-41), Beaufort (-14) dan Kota Belud (-13).
  • Walau bagaimanapun, sembilan (9) daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh (7) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala dua (2) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu 60 kes (+11) dan Kunak 15 kes (+10) dan jumlah kes bagi Kota Kinabalu pula sebanyak 27 kes dicatatkan dari Kluster Kionsom Kecil.
  • Pada hari ini, 10 daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.
  • Sehingga kini, Kluster Ocean Blue secara kumulatif telah mencatat 181 kes berbanding dengan 185 orang yang telah disaring.
  • Angka kes pada hari ini menunjukkan trend penurunan setelah beberapa hari berada di atas paras 200 kes jangkitan baharu harian. Sungguhpun begitu, trend perubahan angka bagi daerah bukan Zon Hijau adalah tidak statik dan hanya satu (1) Zon Hijau yang berjaya dikekalkan, menunjukkan bahawa terdapat trend kebarangkalian masih berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Kionsom Kecil - Kota Kinabalu
melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang berkemungkinan berpunca daripada sambutan Hari Kaamatan pada 31 Mei 2021. Kluster ini mula dikesan melalui saringan bergejala di JMC Kota Kinabalu pada 09 Jun 2021. Kes indeks merupakan pekerja lelaki, 31, di Jijiko Engineering Sdn Bhd Inanam dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut dan isolasi, selepas disahkan positif RT-PCR. Susulan kes itu, seramai 86 kontak rapat menjalani ujian saringan COVID-19 pada 12 hingga 13 Jun 2021. Daripada jumlah tersebut, 27 kes baharu dicatat menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 40 kes, manakala 12 sampel didapati negatif dan 34 sampel masih menunggu keputusan.