Perkembangan Jangkitan COVID-19 (15 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 230 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 66,546 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini iaitu masing-masing satu (1) kes di daerah Tawau, Papar dan Semporna. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 289 menjadikan jumlah kumulatif 63,525 orang. Seramai 2,051 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 519 orang di hospital dan 1,532 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 100 orang dan 41 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 43 kes iaitu daripada 273 kes kelmarin (14 Jun 2021) kepada 230 kes (15 Jun 2021).
  • Daripada 230 kes jangkitan baharu hari ini, 105 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 75 kes adalah daripada saringan kluster, 16 kes adalah daripada saringan bergejala, 21 kes daripada saringan bersasar dan 13 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • Sembilan (9) daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Enam (6) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala tiga (3) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu, Sandakan (-22), Tawau (-16) dan jumlah kes positif Covid-19 di daerah Kota Kinabalu hari ini adalah 49 kes (-37) dengan 24 kes adalah daripada Kluster Ocean Blue.
  • Walau bagaimanapun, 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan 11 daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala satu (1) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kota Belud 17 kes (+14).
  • Pada hari ini, lapan (8) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kuala Penyu dan Tenom.
  • Secara keseluruhan, perubahan angka yang tidak statik di daerah bukan Zon Hijau dan hanya satu (1) daerah berzon hijau sangat signifikan kepada kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan kepada SOP yang telah digariskan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini
.