Perkembangan Jangkitan COVID-19 (10 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 233 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 65,021 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Semporna. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 212 menjadikan jumlah kumulatif 62,072 orang. Seramai 1,915 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 531 orang di hospital dan 1,384 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 95 orang dan 37 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Marudu bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan satu (1) kes iaitu daripada 232 kes kelmarin (9 Jun 2021) kepada 233 kes (10 Jun 2021).
  • Daripada 233 kes jangkitan baharu hari ini, 128 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 55 kes adalah daripada saringan kluster, 37 kes adalah daripada saringan bergejala, dua (2) kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 13 daerah yang lain mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan 11 daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala dua (2) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Sandakan 33 kes (+24) dan jumlah kes positif COVID-19 di daerah Kota Kinabalu hari ini adalah 58 kes (+19) dengan sembilan belas (19) kes adalah kes import daripada kluster Ocean Blue yang dikesan baharu-baharu ini, serta satu (1) kes lagi daripada Kg. Muhibbah Likas yang telah dikenakan PKPD. Daerah Keningau kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan satu (1) kes.
  • Walau bagaimanapun, 12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Sembilan (9) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala tiga (3) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Tuaran (-22), Kota Belud (-18) dan Penampang (-11).
  • Pada hari ini, tiga (3) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Tenom dan Tambunan.
  • Perubahan angka bagi jangkitan baharu setiap hari di Negeri Sabah adalah tidak statik dan jumlah daerah yang mencatatkan sifar kes pula semakin berkurangan iaitu tiga (3) daerah dengan hanya satu (1) daerah Zon Hijau yang tinggal, menandakan bahawa kebarangkalian trend ketidakpatuhan SOP di kalangan masyarakat di seluruh Sabah kecuali kawasan Zon Hijau sedang berlaku.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

  1. Kluster Kluster Kg Lobou - Kota Kinabalu mencatat tujuh (7) kes baharu pada hari ini, hasil saringan kontak rapat dan saringan bergejala yang mempunyai epidemiologi dengan upacara keagamaan di gereja SIB Kg Lobou, Menggatal sepanjang 16 hingga 23 Mei 2021. Kes indeks merupakan kakitangan awam, lelaki, 35, juga ahli gereja yang disahkan positif dalam saringan bergejala di Klinik Ajie Bandar Sierra, sebelum dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. Daripada 62 sampel, 15 sampel dikesan positif, sementara 19 sampel negatif dan 28 lagi sedang menunggu keputusan ujian saringan.