Perkembangan Jangkitan COVID-19 (05 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 259 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 63,565 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu (1) kes di daerah Tawau dan satu (1) di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 195 menjadikan jumlah kumulatif 60,807 orang. Seramai 1,704 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 491 orang di hospital dan 1,213 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 88 orang dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tambunan bertukar dari zon hijau ke zon kuning manakala Nabawan bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

🔎 Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 28 kes iaitu daripada 287 kes kelmarin (04 Jun 2021) kepada 259 kes (05 Jun 2021).
Daripada 259 kes jangkitan baharu hari ini, 154 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 47 kes adalah daripada saringan kluster, 37 kes adalah daripada saringan bergejala, empat (4) kes daripada saringan bersasar dan 17 kes adalah daripada lain-lain kes.

i11 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Tujuh (7) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka manakala empat (4) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Kudat (-37), Kunak (-20), Lahad Datu (-16) dan Kinabatangan (-11).

Walau bagaimanapun, terdapat 11 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala tiga (3) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Sandakan 32 kes (+21), Kota Marudu 13 kes (+13) dan Penampang 17 kes (+11). Dua (2) daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Kuala Penyu dua (2) kes dan Tambunan satu (1) kes kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin.

Pada hari ini, enam (6) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Kinabatangan, Tongod, Pitas, Sipitang, Tenom.

Trend penurunan atau peningkatan adalah tidak statik untuk Negeri Sabah. Perlu diambil perhatian bahawa hanya dua (2) daerah yang masih kekal dalam kategori Zon Hijau di Negeri Sabah. Pengurangan Zon hijau yang begitu ketara menandakan kebarangkalian berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP adalah sangat tinggi.

Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan hari ini.

  1. Kluster Gambaron - Telupid, Sandakan adalah kluster tempat kerja yang mencatat dua (2) kes positif baharu pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes. Kluster indeks merupakan lelaki, 32, yang bergejala demam, batuk dan sesak nafas sejak 26 Mei 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag di Klinik Kesihatan Telupid pada 02 Jun 2021. Saringan susulan mendapati lapan (8) kes di tempat kerja (Kg Gambaron) serta sekitar daerah Telupid dan satu (1) lagi kes di Sandakan. Berdasarkan siasatan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri perjumpaan sosial bersama kontak pada 22 Mei 2021 di sebuah kafe di Telupid. Selain itu, penularan kes juga disumbang oleh beberapa rakan sekerja kes indeks yang telah pulang ke kawasan berisiko tinggi (Tawau) untuk menyambut hari lebaran pada 07 hingga 16 Mei 2021. Setakat ini, 136 individu telah disaring dan aktiviti saringan serta siasatan punca jangkitan masih lagi diteruskan.
  2. Kluster Kg Blok 31 - Tawau berlaku ekoran aktiviti kunjung-mengunjung semasa sambutan aidilfitri. Kluster ini mula direkodkan apabila kluster indeks, suri rumah, 71, disahkan positif COVID-19 melalui saringan Brought In Dead (BID) di Hospital Tawau pada 27 Mei 2021. Susulan itu, saringan kontak rapat mendapati tiga (3) kes positif pada 30 Mei 2021 dan 21 kes baharu dikesan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 31 kes. Aktiviti pengesanan kontak dan mengenalpasti punca jangkitan sedang giat dijalankan.