Perkembangan Jangkitan COVID-19 (04 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 287 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 63,306 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 246 menjadikan jumlah kumulatif 60,612 orang. Seramai 1,674 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 477 orang di hospital dan 1,196 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 83 orang dan 25 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kinabatangan bertukar dari zon jingga ke zon merah manakala Tenom bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  1. Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 84 kes iaitu daripada 203 kes kelmarin (03 Jun 2021) kepada 287 kes (04 Jun 2021 ).
  2. Daripada 287 kes jangkitan baharu hari ini, 152 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 18 kes adalah daripada saringan kluster, 54 kes adalah daripada saringan bergejala, 52 kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.
  3. Terdapat 12 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan sembilan (9) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala tiga (3) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kudat 44 kes (+34), Kunak 39 (+34) dan Lahad Datu 28 kes (+18). Em pat (4) daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Papar ( 12 kes ), Nabawan enam (6) kes, Semporna enam (6) kes dan Keningau dua (2) kes kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin.
  4. Walau bagaimanapun, terdapat lapan (8) daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes hari ini pada julat satu ()1 angka.
  5. Pada hari ini, enam (6) daerah mencatatkan sitar (0) kes iaitu Beluran, Kalabakan, Tonged, Pitas, Kota Marudu dan Ranau.
  6. Trend kes pada hari ini menunjukkan peningkatan setelah mengalami penurunan selama dua (2) hari berturut-turut. Hanya tiga (3) daerah yang masih mengekalkan status Zon Hijau. 154 kes daripada saringan Kontak Rapat menunjukkan kebarangkalian berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.
  7. Keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan pendemik Covid-19 ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan SOP kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Pulutan Nabawan pada hari ini menokok empat (4) kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes. Kluster ini mula dikesan pada 31 Mei 2021 melalui saringan BID di Hospital Keningau terhadap kluster indeks iaitu wanita OKU, 56, yang mempunyai simpton batuk serta demam dua hari sebelum kematiannya. Kes indeks juga telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Pulutan, Sepulut pada 03 Jun 2021. Susulan kes itu, daripada 97 individu yang disaring, 10 individu disahkan positif COVID-19 manakala 86 kes lagi masih menunggu keputusan saringan pertama. Semua kes positif telah dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Keningau. Berdasarkan siasatan awal, kluster indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis penghormatan terakhir di Kampung Pulutan pada 30 hingga 31 Mei 2021.