Perkembangan Jangkitan COVID-19 (30 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 190 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,037 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Lahad Datu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 131 menjadikan jumlah kumulatif 59,522 orang. Seramai 1,468 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 448 orang di hospital, 1,015 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara lima (5) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 68 orang dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat berubah dari zon kuning ke zon jingga.

🔎 Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

i Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan ketara keseluruhan dengan 75 kes iaitu daripada 265 kes kelmarin (29 Mei 2021) kepada 190 kes (30 Mei 2021).

ii Daripada 190 kes jangkitan baharu hari ini, 101 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 44 kes adalah daripada saringan kluster, 31 kes adalah daripada saringan bergejala, enam (6) kes daripada saringan bersasar dan lapan (😎 kes adalah daripada lain-lain kes.

iii 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Tujuh (7) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka manakala tiga (3) daerah lain menunjukkan penurunan ketara pada julat dua (2) angka iaitu Tawau (-43 kes), Kalabakan (-38) dan Kota Kinabalu (-26 kes).

iv Terdapat lapan (😎 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan enam (6) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala dua (2) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kunak 34 kes (+14) dan Papar 25 kes (+13). Daerah Semporna kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan tiga (3) kes.

v Pada hari ini, 10 daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Ranau, Beluran, Telupid, Pitas, Sipitang, Keningau, Tongod, Tenom, Nabawan dan Tambunan.

vi. Sungguhpun berlaku trend penurunan kes di Negeri Sabah sejak kelmarin, perubahan angka bagi daerah-daerah yang berada di Zon Kuning, Jingga dan Merah adalah tidak statik.

vii. Oleh sebab itu, keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan pendemik Covid-19 ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan SOP kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.