Perkembangan Jangkitan COVID-19 (29 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 265 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 61,847 kes. Empat (4) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) di daerah Kota Belud, satu (1) di Kuala Penyu dan satu (1) di Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 153 menjadikan jumlah kumulatif 59,391 orang. Seramai 1,407 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 418 orang di hospital, 984 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara lima (5) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 25 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dilaporkan.

🔎 Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

i. Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 43 kes iaitu daripada 308 kes kelmarin (28 Mei 2021) kepada 265 kes (29 Mei 2021).

ii. Daripada 265 kes jangkitan baharu hari ini, 134 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 75 kes adalah daripada saringan kluster, 35 kes adalah daripada saringan bergejala, tujuh (7) kes daripada saringan bersasar dan 14 kes adalah daripada lain-lain kes.

iii. 14 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes pada julat satu (1) angka sahaja kecuali tiga (3) daerah lain yang menunjukkan penurunan ketara pada julat dua (2) angka iaitu Keningau (-20 kes), Kunak (-16) dan Papar (-14 kes).

iv. Hanya dua (2) daerah yang mencatatkan peningkatan kes pada hari ini namun, trend peningkatan ketara telah berlaku di kedua-dua daerah tersebut iaitu Tawau 72 kes (+35) dan Kalabakan 46 kes (+21). Tiga (3) daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Sandakan (11 kes), Kota Belud (10 kes) dan Sipitang satu (1) kes kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin.

v. Pada hari ini, 10 daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Ranau, Beluran, Telupid, Pitas, Kota Marudu, Kinabatangan, Tongod, Tenom, Nabawan dan Tambunan.

vi. Keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan pendemik Covid-19 ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan SOP kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Patuma di Kota Kinabalu mula direkodkan pada 18 Mei 2021 menerusi saringan bergejala di klinik swasta. Kes indeks merupakan pemandu grab, lelaki, 55, yang juga bilal di Masjid Al Falah Kepayan. Susulan kes itu, pasukan kawalan bertindak pantas dengan menjalankan saringan kontak dan mendapati 10 lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes. Berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada jemaah yang gagal mematuhi SOP ketat sepanjang berada di masjid terbabit. Selain itu, potensi penularan juga disumbang oleh segelintir jemaah yang masih hadir ke masjid walaupun mempunyai gejala. Setakat hari ini, 133 sampel pertama telah diambil dan 33 sampel lagi masih belum selesai.