Perkembangan Jangkitan COVID-19 (28 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 308 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 61,582 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/ sembuh 136 menjadikan jumlah kumulatif 59,238 orang. Seramai 1,341 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 419 orang di hospital, 917 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara lima (5) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 26 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tuaran dan Kuala Penyu berubah dari zon jingga ke zon merah.

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

i. Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan yang ketara berbanding kelmarin iaitu daripada 217 kes kelmarin (27 Mei 2021) kepada 308 kes (28 Mei 2021) hari ini dengan peningkatan sebanyak 91 kes.

ii. Daripada 308 kes jangkitan baharu hari ini, 123 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 115 kes adalah daripada saringan kluster, 51 kes adalah daripada saringan bergejala, enam (6) kes daripada saringan bersasar dan 13 kes adalah daripada lain-lain kes. Manakala satu (1) kes kematian telah dilaporkan.

iii. Terdapat 13 daerah di Negeri Sabah mencatatkan peningkatan kes dengan lima (5) daerah menunjukkan peningkatan ketara iaitu pada julat dua (2) angka. Daerah-daerah yang mencatatkan peningkatan membimbangkan ialah Kota Kinabalu 43 (+21 ), Kunak 36 (+16), Kalabakan 25 (+24), Papar 26 (+22) dan Keningau 27 (+15).

iv. Tujuh (7) daerah pula mencatatkan penurunan kes dalam julat satu (1) angka, kecuali daerah Tawau yang mencatatkan penurunan dalam julat dua (2) angka.

v. Lapan (8) daerah lain iaitu Ranau, Beluran, Telupid, Pitas, Kota Marudu, Tenom, Nabawan dan Tambunan mencatatkan sifar (0) kes pada hari ini.

vi. Peningkatan kes yang berlaku sangat dipengaruhi oleh sikap komuniti dalam pematuhan SOP kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiada kluster baharu direkodkan hari in