Perkembangan Jangkitan COVID-19 (26 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 229 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 61,057 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Kota Belud. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 81 menjadikan jumlah kumulatif 58,968 orang. Seramai 1,276 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 405 orang di hospital, 868 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara tiga (3) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 61 orang dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Keningau berubah dari zon kuning ke zon jingga manakala Daerah Sipitang bertukar dari zon hijau ke zon kuning.

Analisa Kes COVID-19 Di Sabah:

i. Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan sedikit penurunan iaitu daripada 266 kes kelmarin (25 Mei 2021) kepada 229 kes hari ini dengan penurunan sebanyak 37 kes.

ii. Daripada 229 kes positif ini, sebanyak 22 kes hasil dari saringan kluster baharu, 37 kes hasil dari saringan kluster yang sedia ada,sembilan (9) kes hasil dari saringan bersasar (PKPD), 105 kes hasil dari saringan kontak rapat, 44 kes hasil dari saringan bergejala, empat (4) kes hasil dari saringan kemasukan wad/prosedur/pengiring, empat (4) kes hasil dari saringan pekerjaan dan empat (4) kes hasil dari saringan lain- lain kategori.

iii Walau bagaimanapun berlaku peningkatan ketara di daerah-daerah berikut iaitu ;

Penampang meningkat kepada 25 kes berbanding dengan 13 kes kelmarin iaitu pertambahan sebanyak 12 kes. Pertambahan kes di Daerah Penampang disumbang dengan dua (2) kes dari Kluster Jalan Menteri, 1 kes dari Kluster Lorong Karamunsing, satu (1) kes dari Kluster Padawan, 13 kes dari saringan kontak rapat dan lapan (😎 kes dari saringan bergejala.
Daerah Keningau juga mencatatkan peningkatan ketara dengan perbezaan sebanyak 15 kes iaitu 21 kes pada hari ini berbanding enam (6) kes kelmarin. Satu (1) kluster baru dikenalpasti di Daerah Keningau iaitu Kluster Kauran-Durok yang setakat ini telah menyumbang kepada kes harian sebanyak 12 kes.
Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan hari ini.

i. Kluster Sungai Pukul di Tawau melibatkan jangkitan semasa aktiviti kunjung- mengunjung sempena sambutan aidilfitri. Kes indeks merupakan suri rumah, 63, disahkan positif COVID-19 di Hospital Tawau pada 22 Mei 2021, selepas mengalami gejala sejak 18 Mei 2021. Saringan kontak rapat mendapati tujuh (7) kes positif dalam kalangan keluarga kes indeks pada 25 Mei 2021, sebelum 10 lagi kes dikesan menjadikan jumlah kumulatif setakat hari ini sebanyak 18 kes. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak rapat serta punca jangkitan sedang giat dijalankan.

ii. Kluster Kauran-Durok di Keningau melibatkan kes Selangor yang dikesan pada 24 Mei 2021 di Hospital Serdang. Kes indeks merupakan wanita, 30, yang balik bercuti ke Sabah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 12 hingga 22 Mei 2021. Susulan itu, saringan bersasar terhadap 31 kontak rapat mendapati 12 daripadanya positif RTK-Antigen iaitu empat (4) kes dari Kg. Kauran dan lapan (8) kes dari Kg. Durok Baru pada 25 Mei 2021. Berdasarkan maklumat awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan semasa sambutan aidilfitri di antara 19 Mei 2021 hingga 21 Mei 2021. Pengesanan kontak rapat juga sedang dijalankan.