Perkembangan Jangkitan COVID-19 (23 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 136 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,378 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Lahad Datu dan Putatan. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 49 menjadikan jumlah kumulatif 58,710 orang. Seramai 965 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 354 orang di hospital, 610 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu (1) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 41 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Putatan berubah dari zon jingga ke zon merah, Beaufort berubah dari zon jingga ke zon kuning, Kota Marudu bertukar dari zon hijau ke
zon kuning.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Jalan Mangga di Kota Kinabalu dikesan pada 18 Mei 2021 melalui saringan bergejala. Kes indeks merupakan lelaki, 69, dari Kionsom Inanam dan mengalami gejala demam sebelum disahkan positif RTK Antigen di klinik swasta. Hasil siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis hari jadi di Restoran Little Nanyang Bakuteh Kolombong, Jalan Mangga pada 13 Mei 2021. Susulan kes itu, saringan kontak mendapati 13 lagi kes positif melibatkan ahli keluarga dan generasi kedua, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 14 kes. Pasukan kawalan masih giat menjalankan aktiviti pengesanan.

Daripada 136 kes positif COVID-19, sebanyak 79 kes (58.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 19 kes (13.9%) saringan bergeja