Perkembangan Jangkitan COVID-19 (21 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 144 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,053 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 62 menjadikan jumlah kumulatif 58,606 orang. Seramai 725 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 318 orang di hospital dan 407 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 36 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Sandakan berubah dari zon jingga ke zon merah, Kinabatangan berubah dari zon merah ke zon jingga, Sipitang bertukar dari zon
kuning ke zon hijau dan Kudat bertukar dari zon hijau ke zon kuning.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 144 kes positif COVID-19, sebanyak 55 kes (38.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 24 kes (16.7%) saringan bergejala, 55 kes (38.2%) dari kluster sedia ada serta 10 kes (6.9%) dari lain-lain kategori.