Perkembangan Jangkitan COVID-19 (18 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 95 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,504 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 111 menjadikan jumlah kumulatif 58,431 orang. Seramai 511 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 249 orang di hospital dan 262 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 38 orang dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Putatan dan Keningau berubah dari zon kuning ke zon jingga. Manakala daerah Semporna bertukar dari zon jingga ke zon merah.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 95 kes positif COVID-19, sebanyak 50 kes (52.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 21 kes (22.1%) saringan bergejala, 13 kes (13.7%) dari kluster sedia ada serta 11 kes (11.6%) dari lain-lain kategori.