Perkembangan Jangkitan COVID-19 (15 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 60 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,262 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 101 menjadikan jumlah kumulatif 58,168 orang. Seramai 517 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 229 orang di hospital dan 288 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 41 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dicatatkan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 60 kes positif COVID-19, sebanyak 29 kes (48.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, enam (6) kes (10%) saringan bergejala, 21 kes (35%) dari kluster sedia ada serta empat (4) kes (6.7%) dari lain-lain kategori.