Perkembangan Jangkitan COVID-19 (14 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 53 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,202 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu (1) kes di daerah Kota Kinabalu dan satu (1) kes lagi di daerah Keningau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 99 menjadikan jumlah kumulatif 58,067 orang. Seramai 527 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 234 orang di hospital dan 293 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 37 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Nabawan bertukar dari zon kuning ke zon hijau.

Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa TIADA PKPD dikenakan bagi Kluster Kebagu kerana jangkitan COVID-19 tidak melibatkan penduduk Kampung Kebagu. Ia hanya berlaku dalam kalangan guru-guru SK. Kebagu yang tinggal di luar kawasan kampung berkenaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini

Daripada 53 kes positif COVID-19, sebanyak 25 kes (47.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lima (5) kes (9.4%) saringan bergejala, 17 kes (32.1%) dari kluster sedia ada serta enam (6) kes (11.3%) dari lain-lain kategori.