Perkembangan Jangkitan COVID-19 (05 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 50 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,511 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 73 menjadikan jumlah kumulatif 57,246 orang. Seramai 649 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 231 orang di hospital dan 418 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 31 orang dan 15 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Penampang bertukar dari zon jingga ke zon merah.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 50 kes positif COVID-19, sebanyak 26 kes (52%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 12 kes (24%) saringan bergejala, sembilan (9) kes (18%) dari kluster sedia ada serta tiga (3) kes (6%) dari lain-lain kategori.