Perkembangan Jangkitan COVID-19 (03 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 57 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,372 kes. Satu kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Kunak.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 106 menjadikan jumlah kumulatif 57,064 orang. Seramai 652 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 257 orang di hospital dan 395 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 37 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Papar dan Tuaran bertukar dari zon merah ke zon jingga manakala daerah Beluran berubah dari zon hijau ke zon kuning.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 57 kes positif COVID-19, sebanyak 28 kes (49.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, sembilan (9) kes (15.8%) saringan bergejala, 17 kes (29.8%) dari kluster sedia ada serta tiga (3) kes (5.3%) dari lain-lain kategori.