Perkembangan Jangkitan COVID-19 (02 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 115 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,315 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 94 menjadikan jumlah kumulatif 56,958 orang. Seramai 677 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 276 orang di hospital dan 4,401 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 37 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran berubah dari zon kuning ke zon hijau.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 115 kes positif COVID-19, sebanyak 49 kes (42.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes (11.3%) saringan bergejala, 50 kes (43.5%) dari kluster baharu dan sedia ada serta tiga (3) kes (2.6%) dari lain-lain kategori.