Perkembangan Jangkitan COVID-19 (29 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 131 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,047 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 115 menjadikan jumlah kumulatif 56,609 orang. Seramai 769 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 278 orang di hospital dan 491 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 51 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Papar dan Kalabakan berubah dari zon jingga ke zon merah. Manakala Keningau bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 131 kes positif COVID-19, sebanyak 70 kes (53.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 15 kes (11.6%) saringan bergejala, 42 kes (32%) dari kluster sedia ada serta empat (4) kes (3%) dari lain-lain kategori.