Perkembangan Jangkitan COVID-19 (27 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 82 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,829 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 140 menjadikan jumlah kumulatif 56,305 orang. Seramai 908 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 274 orang di hospital, 633 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan satu (1) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 41 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kunak berubah dari zon jingga ke zon merah

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 82 kes positif COVID-19, sebanyak 61 kes (74.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lapan (9) kes (9.8%) saringan bergejala, tujuh (7) kes (8.5%)