Perkembangan Jangkitan COVID-19 (26 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 88 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,747 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 178 menjadikan jumlah kumulatif 56,165 orang. Seramai 938 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 285 orang di hospital, 650 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 44 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah tuaran berubah dari zon merah ke zon jingga, Papar berubah dari zon jingga ke zon merah, Penampang bertukar dari zon kuning ke zon jingga dan telupid bertukar dari zon hijau ke zon kuning.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 88 kes positif COVID-19, sebanyak 64 kes (72.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lapan (8 kes (9.1%) saringan bergejala, lapan (8 kes (9.1%) dari kluster baharu dan sedia ada serta lapan (8 kes (9.1%) dari lain-lain kategori.