Perkembangan Jangkitan COVID-19 (25 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 121 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,659 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu (1) kes di daerah Tawau dan satu (1) di Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 93 menjadikan jumlah kumulatif 55,987 orang. Seramai 988 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 292 orang di hospital, 688 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan (8) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 43 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Ladang Dua Paris di Kinabatangan melibatkan pekerja pejabat Ladang Abedon. Kes indeks merupakan kerani di ladang terbabit yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di sebuah klinik kesihatan pada 20 April 2021. Berdasarkan rekod pergerakan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika melawat ahli keluarganya di Lahad Datu pada 13 April 2021. Turut dijangkiti dan disahkan positif ialah dua rakan sepejabat kepada kes indeks. Susulan kes tersebut, saringan kontak rapat dan tempat kerja mendapati 10 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 13 kes. Aktiviti persampelan ujian COVID-19asih giat dijalankan.

Daripada 121 kes positif COVID-19, sebanyak 62 kes (51.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 12 kes (9.9%) saringan bergejala, 35 kes (29%) dari kluster baharu dan sedia ada serta 12 kes (9.9%) dari lain-lain kategori.