Perkembangan Jangkitan COVID-19 (23 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 82 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,406 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu (1) kes di daerah Tawau dan satu (1) di Sandakan. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 184 menjadikan jumlah kumulatif 55,774 orang. Seramai 970 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 311 orang di hospital, 647 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 12 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 56 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas dan Sipitang berubah dari zon kuning ke zon hijau.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 82 kes positif COVID-19, sebanyak 53 kes (64.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 14 kes (17.1%) saringan bergejala, 10 kes (12.2%) dari kluster sedia ada serta lima (5) kes (6.1%) dari lain-lain kategori.