Perkembangan Jangkitan COVID-19 (21 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 172 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,164 kes. Enam (6) kes kematian direkodkan hari ini iaitu empat (4) kes di daerah Tawau dan dua (2) di Lahad Datu. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 70 menjadikan jumlah kumulatif 55,431 orang. Seramai 1,019 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 322 orang di hospital, 632 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 65 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 60 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah direkodkan hari ini.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 172 kes positif COVID-19, sebanyak 53 kes (30.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 14 kes (8.2%) saringan bergejala, 90 kes (52.3%) dari kluster sedia ada serta 15 kes (8.7%) dari lain-lain kategori.