Perkembangan Jangkitan COVID-19 (20 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 82 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,992 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 107 menjadikan jumlah kumulatif 55,361 orang. Seramai 1,010 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 313 orang di hospital, 632 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 65 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 56 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kuala Penyu berubah dari zon hijau ke zon kuning.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 82 kes positif COVID-19, sebanyak 48 kes (58.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes (15.9%) saringan bergejala, 14 kes (17.1%) dari kluster sedia ada serta tujuh (7) kes (8.5%) dari lain-lain kategori.