Perkembangan Jangkitan COVID-19 (18 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 112 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,785 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Kunak. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 45 menjadikan jumlah kumulatif 55,129 orang. Seramai 1010 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 302 orang di hospital, 643 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 65 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 51 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tambunan berubah dari zon kuning ke zon hijau, daerah Beluran bertukar dari zon hijau ke zon kuning, daerah Papar berubah dari zon kuning ke jingga manakala daerah Putatan bertukar dari zon jingga ke zon merah.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 112 kes positif COVID-19, sebanyak 58 kes (51.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 11 kes (9.8%) saringan bergejala, 35 kes (31.3%) dari kluster sedia ada serta lapan (8) kes (7.1 %) dari lain-lain kategori.