Perkembangan Jangkitan COVID-19 (16 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 143 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,510 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 129 menjadikan jumlah kumulatif 54,994 orang. Seramai 904 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 296 orang di hospital dan 608 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 57 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Marudu dan Tenom berubah dari zon kuning ke zon hijau, manakala Daerah Nabawan bertukar jadi zon jingga ke zon kuning.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster DTI di Sandakan melibatkan tahanan yang menjalani saringan tahanan pada 12 April 2021, sebelum dihantar pulang ke negara asal. Saringan ujian PCR mendapati 55 orang disahkan positif COVID-19. Kali terakhir kluster ini dikesan pada 28 November 2020.

Daripada 143 kes positif COVID-19, sebanyak 37 kes (69.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 14 kes (9.8%) saringan bergejala, 84 kes (58.7%) dari kluster baharu dan sedia ada serta lapan (8) kes (5.6%) dari lain-lain kategori.