Perkembangan Jangkitan COVID-19 (12 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 109 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,906 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 68 menjadikan jumlah kumulatif 54,624 orang. Seramai 794 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 307 orang di hospital dan 487 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 47 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Nabawan bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Daripada 109 kes positif COVID-19, sebanyak 49 kes (44.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 15 kes (13.8%) saringan bergejala, 34 kes (31.2%) dari kluster sedia ada serta 11 kes (10.1%) dari lain-lain kategori.