Perkembangan Jangkitan COVID-19 (10 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 131 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,670 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 70 menjadikan jumlah kumulatif 54,481 orang. Seramai 688 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 290 orang di hospital dan 398 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 41 orang dan 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Nabawan dan Kalabakan bertukar dari zon jingga ke zon kuning, manakala daerah Ranau bertukar dari zon hijau ke zon kuning.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 139 kes positif COVID-19, sebanyak 58 kes (44.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 25 kes (19%) saringan bergejala, 45 kes (34.4%) dari kluster sedia ada serta tiga (3) kes (2.3%) dari lain-lain kategori.