Perkembangan Jangkitan COVID-19 (08 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 106 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,400 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 62 menjadikan jumlah kumulatif 54,359 orang. Seramai 566 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 253 orang di hospital dan 313 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 39 orang dan 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tuaran dan Sandakan berubah dari zon kuning ke zon jingga. Manakala Kinabatangan bertukar dari zon merah ke zon jingga.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 106 kes positif COVID-19, sebanyak 49 kes (46.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 25 kes (23.6%) saringan bergejala, 31 kes (29.3%) dari kluster sedia ada serta satu (1) kes (0.9%) dari lain-lain kategori.