Perkembangan Jangkitan COVID-19 (07 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 60 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,294 kes. Tiada kes kematian direkodkan.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 53 menjadikan jumlah kumulatif 54,297 orang. Seramai 559 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 240 orang di hospital dan 319 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 39 orang dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Sipitang berubah dari zon kuning ke zon hijau, Penampang bertukar dari zon kuning ke zon jingga. Manakala Sandakan dan Kota Belud bertukar dari zon jingga ke zon kuning.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 60 kes positif COVID-19, sebanyak 23 kes (38.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes (21.7%) saringan bergejala, 15 kes (25%) dari kluster sedia ada serta sembilan (9) kes (15%) dari lain-lain kategori.