Perkembangan Jangkitan COVID-19 (05 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 65 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,122 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan iaitu kedua-duanya di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 61 menjadikan jumlah kumulatif 54,184 orang. Seramai 493 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 219 orang di hospital dan 274 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 31 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Belud berubah dari zon merah ke zon jingga.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 65 kes positif COVID-19, sebanyak 27 kes (41.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, sembilan (9) kes (13.9%) saringan bergejala, 23 kes (35.4%) dari kluster sedia ada serta enam (6) kes (9.2%) dari lain-lain kategori.