Perkembangan Jangkitan COVID-19 (02 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 63 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,916 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 43 menjadikan jumlah kumulatif 54,034 orang. Seramai 466 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 185 orang di hospital dan 258 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 25 orang dan 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kinabatangan beubah dari zon jingga ke zon merah.

Hampir semua kes baharu berpunca daripada kegagalan masyarakat mematuhi SOP yang ditetapkan. Justeru, Kerajaan Negeri mengingatkan rakyat agar sentiasa membudayakan norma baharu dan sentiasa mengekalkan penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka.

Di samping itu, pemilik premis juga harus proaktif untuk memastikan pematuhan dalam kalangan individu yang masuk ke premis mereka.

Terdapat tiga (3) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Pasaraya Simpang Empat di Kunak mencatatkan dua (2) kes positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes. Kes indeks merupakan seorang pekerja pasaraya yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan bergejala di sebuah pusat perubatan pada 26 Mac 2021. Hasil saringan kontak rapat dan tempat kerja pada 27 Mac hingga 29 Mac 2021 mendapati 10 lagi pekerja disahkan positif.

Kluster Kalindukan di Nabawan mencatatkan tiga (3) kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 13 kes. Kes indeks dikesan positif melalui saringan pengiring pesakit di pusat perubatan pada 25 Mac 2021. Kes indeks dipercayai mendapat jangkitan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kg Kalindukan, Nabawan. Daripada 149 kontak rapat yang disaring, 12 orang disahkan positif.

Kluster Banjaran Gading di Kota Kinabalu mula dikesan pada 31 Mac 2021 apabila kes indeks menjalani saringan bergejala di sebuah pusat perubatan. Daripada 16 kontak rapat yang disaring, lapan (8) disahkan positif COVID-19, sementara lima (5) lagi negatif dan tiga (3) sampel masih belum diketahui keputusannya. Setakat ini, jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah lapan (8) kes. Hasil penelitian, jangkitan dipercayai berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Daripada 63 kes positif COVID -19, sebanyak 18 kes (28.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 12 kes (19.1%) saringan bergejala, 28 kes (44.4%) dari kluster sedia ada serta lima (5) kes (7.9%) dari lain-lain kategori.