Perkembangan Jangkitan COVID-19 (01 April 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 86 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,853 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu di daerah Keningau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 61 menjadikan jumlah kumulatif 53,991 orang. Seramai 429 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 171 orang di hospital dan 258 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 26 orang dan 14 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Penampang berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 86 kes positif COVID -19, sebanyak 28 kes (32.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes (15.1%) saringan bergejala, 41 kes (47.7%) dari kluster sedia ada serta empat (4) kes (4.7%) dari lain-lain kategori.