Perkembangan Jangkitan COVID-19 (24 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,400 kes. Tiada kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 24 menjadikan jumlah kumulatif 53,534 orang. Seramai 410 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 154 orang di hospital dan 256 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 18 orang dan empat (4) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat berubah dari zon jingga ke zon kuning. Manakala Kota Belud bertukar dari zon jingga ke zon merah.
Tiada kluster baharu direkodkan pada hari ini.

6 Daripada 45 kes positif COVID-19., sebanyak 21 kes (46.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 10 kes (22.2%) saringan bergejala, sembilan (9) kes (20%) dari kluster sedia ada serta lima (5) kes (11.1%) dari lain-lain kategori.