Perkembangan Jangkitan COVID-19 (23 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 60 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,355 kes. Tiada kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 42 menjadikan jumlah kumulatif 53,510 orang. Seramai 395 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 151 orang di hospital dan 244 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 17 orang dan tiga (3) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dilaporkan hari ini

Tiada kluster baharu direkodkan pada hari ini.

Daripada 60 kes positif COVID-19, sebanyak 29 kes (48.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, tujuh (7) kes (11.7%) saringan bergejala, satu (1) kes (1.7%) dari kluster sedia ada serta 23 kes (38.3%) dari lain-lain kategori.