Perkembangan Jangkitan COVID-19 (22 Mac 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 22 Mac 2021 adalah sebanyak 36 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,295 kes. Terdapat satu (1) kes kematian direkodkan iaitu di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 78 menjadikan jumlah kumulatif 53,468 orang. Seramai 363 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 144 orang di hospital dan 210 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 18 orang dan empat (4) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Penampang dan Putatan bertukar dari zon jingga ke zon kuning, manakala daerah Pitas bertukar dari zon kuning ke zon hijau.
Tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 36 kes positif COVID-19, sebanyak 24 kes (66.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, sembilan (9) kes (25%) saringan bergejala, serta tiga (3) kes (8.3%) dari lain-lain kategori.