Perkembangan Jangkitan COVID-19 (21 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 50 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,259 kes. Tiada kes kematian direkodkan.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 47 menjadikan jumlah kumulatif 53,360 orang. Seramai 361 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 142 orang di hospital dan 219 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 18 orang dan lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan pada hari ini.

Kluster D Gana daerah Keningau merekodkan pertambahan 19 kes positif COVID-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 20 kes. Kes indeks merupakan seorang wanita yang dikesan positif melalui saringan bergejala di salah sebuah pusat perubatan di Keningau pada 20 Mac 2021. Saringan kontak rapat mendapati 19 lagi kes positif dalam kalangan keluarga kes indeks. Hasil penelitian, kes indeks telah menyebarkan jangkitan wabak ini menerusi aktiviti kunjungannya secara kerap ke rumah anak-anaknya di mukim tersebut. Punca dan saringan kontak rapat masih giat dijalankan.

Daripada 50 kes positif COVID-19, sebanyak 17 kes (34%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, empat (4) kes (8%) saringan bergejala, 26 kes (52%) saringan kluster baharu dan sedia ada, satu (1) kes (2%) saringan bersasar serta dua (2) kes (4%) dari lain-lain kategori.