Perkembangan Jangkitan COVID-19 (20 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 102 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,209 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan iaitu di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 41 menjadikan jumlah kumulatif 53,313 orang. Seramai 349 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 139 orang di hospital dan 210 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 18 orang dan lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kalabakan bertukar dari zon merah ke zon jingga. Manakala Putatan bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Tiada kluster baharu direkodkan pada hari ini.

Daripada 102 kes positif COVID-19, sebanyak 43 kes (42.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 10 kes (9.8%) saringan bergejala, satu (1) kes (0.9%) saringan kluster sedia ada, 42 kes (41.2%) saringan bersasar serta enam (6) kes (5.9%) dari lain-lain kategori.