Perkembangan Jangkitan COVID-19 (19 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 33 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,107 kes. Tiada kes kematian dilaporkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 79 menjadikan jumlah kumulatif 53,272 orang. Seramai 366 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 148 orang di hospital dan 218 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 21 orang dan lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Tiada kluster baharu direkodkan pada hari ini.

Daripada 33 kes positif COVID-19, sebanyak 19 kes (57.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, empat (4) kes (12.1%) saringan bergejala, enam (6) kes (18.2%) saringan kluster sedia ada, serta empat (4) kes (12.1%) dari lain-lain kategori.