Perkembangan Jangkitan COVID-19 (18 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 19 Mac 2021 adalah sebanyak 73 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,074 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan iaitu di daerah Kudat. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 47 menjadikan jumlah kumulatif 53,193 orang. Seramai 374 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 151 orang di hospital dan 222 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu (1) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 20 orang dan empat (4) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon kuning ke zon hijau.

Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan pada 19 Mac 2021:

Kluster Kg Malaman di daerah Sipitang menokok enam (6) kes baharu menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 sebanyak 14 kes. Kes indeks merupakan guru wanita di salah sebuah sekolah rendah di Sipitang, berusia 37 tahun dan disahkan positif melalui saringan kemasukan wad akibat pendarahan ketika mengandung. Saringan kontak di sekolah tersebut mendapati empat (4) lagi guru bersama seorang pekerja kantin dan tujuh (7) pelajar positif COVID-19. Selepas saringan, seorang lagi kontak rapat kepada kes indeks (di luar sekolah) didapati positif COVID-19. Aktiviti pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan.

Kluster Kampung Padang Tembak di daerah Keningau menambah enam (6) kes baharu menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 sebanyak 21 kes. Kes indeks merupakan seorang pelajar, berusia 15 tahun yang menjalani saringan untuk merentas negeri (Wilayah Persekutuan Labuan) pada 07 Mac 2021. Hasil penelitian, jangkitan menular ekoran aktiviti rentas negeri dan daerah oleh ahli keluarga kes indeks, di samping pergerakan kerap kes indeks ke rumah saudara mara di Kg Padang Tembak Keningau. Saringan kontak rapat masih giat dijalankan.

Daripada 73 kes positif COVID-19, sebanyak 25 kes (34.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 11 kes (15.1%) saringan bergejala, 18 kes (24.7%) saringan kluster baharu dan sedia ada, 12 kes (16.4%) saringan bersasar serta tujuh (7) kes (9.6%) dari lain-lain kategori.