Perkembangan Jangkitan COVID-19 (17 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 31 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,001 kes. Dua kes kematian direkodkan, masing-masing satu (1) di Kinabatangan dan Sandakan. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 81 menjadikan jumlah kumulatif 53,146 orang. Seramai 378 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 160 orang di hospital dan 217 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu (1) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 20 orang dan empat (4) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Semporna bertukar dari zon kuning ke zon hijau.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan pada hari ini.

Kluster Taman Ria Enam di daerah Tawau mencatat empat (4) kes baharu menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 sebanyak 17 kes. Kes indeks merupakan wanita berusia 46 tahun yang tidak bergejala, tetapi dikesan positif melalui saringan sebelum menjalani prosidur kemoterapi di salah sebuah pusat perubatan di Tawau. Hasil penelitian, kes indeks bersama ahli keluarganya telah mengadakan makan malam yang disertai 20 orang di salah sebuah restoran pada 05 Mac 2021. Saringan kontak rapat masih giat dijalankan.

Daripada 31 kes positif COVID-19, sebanyak 17 kes (54.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, satu (1) kes (3.2%) saringan bergejala, enam (6) kes (19.4%) saringan kluster baharu dan sedia ada serta tujuh (7) kes (22.6%) dari lain-lain kategori.