Perkembangan Jangkitan COVID-19 (16 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 38 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,970 kes. Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 70 menjadikan jumlah kumulatif 53,065 orang. Seramai 410 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 174 orang di hospital dan 235 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu (1) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 19 orang dan empat (4) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beaufort bertukar dari zon hijau ke zon kuning manakala daerah Kudat berubah dari zon merah ke jingga

Tiada kluster baharu direkodkan pada hari ini.

Daripada 38 kes positif COVID-19, sebanyak 17 kes (44.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lima (5) kes (13.1%) saringan bergejala, lapan (8) kes (21.1%) saringan kluster sedia ada serta lapan (8) kes (21.1%) dari lain-lain kategori.