Perkembangan Jangkitan COVID-19 (15 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 29 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,932 kes. Tiada kes kematian telah direkodkan pada hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 126 menjadikan jumlah kumulatif 52,995 orang. Seramai 447 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 177 orang di hospital dan 269 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu (1) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 21 orang dan lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Putatan,Kunak dan Papar bertukar dari zon jingga ke zon kuning manakala daerah Sandakan berubah dari zon merah ke jingga

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 29 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 14 kes (48.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lima (5) kes (17.3%) saringan bergejala, sembilan (9) kes (31%) saringan kluster sedia ada serta satu (1) kes (3.4%) dari lain-lain kategori.