Perkembangan Jangkitan COVID-19 (14 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 39 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,903 kes. Tiada kes kematian direkodkan.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 158 menjadikan jumlah kumulatif 52,869 orang. Seramai 482 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 192 orang di hospital dan 290 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 15 orang dan enam (6) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 39 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 26 kes (66.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, tiga (3) kes (7.7%) saringan bergejala, empat (4) kes (10.3%) saringan kluster sedia ada serta enam (6) kes (15.4%) dari lain-lain kategori.